Asalamualaikum diucapkan pada semua kenalan yang mengenali saya ,saya ingin mengenang kembali memori raya di ikm. Pada hari khamis yang lalu, ikm telah mengadakan majlis hari raya untuk semua warga ikm kuala lumpur. Sebelum majlis hari raya dibuat persiapan yang rapi telah dijalankan oleh seluruh warga ikm dan pelajar-pelajar.Setiap kursus telah membuat pondok-pondok untuk diletakkan makanan raya dan menghiaskannya sehingga cantik.Pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap ada pada hari tersebut, kami semua makan sampai nak pecah perut.Selain itu, terdapat juga pertandingan karaoke kepada semua pelajar.Kami boleh lihat sapa-sapa yang suara tidak sedap.Tetapi yang membuatkan kami happy ialah kursus STKPP menjadi juara dalam pertandingan bengkel yang tercantik.Majlis tersebut habis pada waktu petang.Walaupun penat tapi kami rasa puas dan happy sekali pada hari tersebut.Susah untuk saya lupakan kenangan yang manis ini.sekian
Asalamualaikum..
?????????????????
ReplyDelete